Ibu ada followers ke??

Sunday, February 19, 2017

Moment Berharga Sepanjang Hayat

Masa mula-mula atok kata nak datang Terengganu, ibu mcm hairan la kenapa tiba2 atok nak datang.. Biasa atok datang time cuti sekolah.. Tapi this time dah habis cuti sekolah...
Keesokannya.. kat tempat keje ibu masih memikir.. Tetiba baru teringat... lagi 2 hari birthday ibu.. ibu rasa atok datang sebab nak sambut birthday ibu.. tu instinct ibu je la.. :)

Pada kebiasaannya, setiap pagi 12 Feb tiap2 tahun, on the way ibu nak gi keje, ibu mesti terima panggilan telefon daripada atok nenek, wish happy birthday.. memang x pernah miss.. atok memang ingat tarikh birthday anak2 dia.. So tahun ni atok & nenek nak sambut dgn ibu, anak dia yang jauh beno ni.. sebaknya hati :'(
 

tekaan ibu betul.. sampai2 je umah jumpa atok nenek, atok kata '' Ahad ni hari apa?? Pandai pulak farah jawab ''hari jadi ibu''.. anak2 ibu tahu hari jadi ibu bulan Feb..
Petang sabtu tu nenek ajak gi kuala berang.. nak beli kek katanya..
siap beli belon ngan topeng mata tu..
alahai nenek, mcm nak sambut birthday budak kecik jer :')
malu pulak ibu dibuatnya..
yang paling menyentuh hati, atok yang gantung belon2 ni.. bersama farah.. nak suka pun ada :')
sayang atok nenek dunia akhirat 
Syukur, ibu masih ada atok nenek yang menyayangi dan berada disisi ibu di hari lahir ibu yang ke ~ 34 tahun :'( 

psstt: gambar bawah tu ibu baru lepas nangis tu. lepas atok nenek suap kek. terharu.. hahah 
sesi suap menyuap kek.. atok la ni yg suruh.. malu pulak ibu. hahah
atok & cucu2nya 
 
 Ahad.. 12.2.2017
atok & nenek awal2 pagi gerak balik Johor
sama waktu dengan ibu hantar anak2 ibu gi sekolah..
sedihnya rasa hati..

citer kat opis lak, tengah sibuk buat keje tetiba ada suprise lain pulak..
ada runner datang bagi sejambak coklat ni
wahhh sangatlah suprisednya...
ibu x pernah dapat... kawan2 ibu teka ayah yg bagi..ternyata salah..hahah
ex-boss ibu yang bagi.. Puan Kartini..
Beliau dah bertukar ke Kelantan.. terharunya rasa..
Ada jugak org yg ingat nak bagi suprised.. huhu
apa2 pun terima kasih semua..moment ni memang x dapat dilupakan..





ni x sabar nak tunjuk ke anak2 ibu.. mesti dorg kata ''eiii, kekasih ibu bagi bunga''.. hahaha :)
 
coklat ada yang dah kena makan..hehe 

2 comments:

  1. Biar majlis sederhana macamna pun tapi memori bersama keluarga tu yang indah... kan...

    ReplyDelete
  2. Yer..itu betul..lebih2 lg bila kita dah berkawen

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...